Pendaki Tegar

pelawat

free counters

Log Chamah Ulu Sepat




Log Gunung Chamah Ulu Sepat

Utk memahami stiap perjalanan, level difficulty dibahagikan kpda 5 level. Level 1- santai mesra rakyat. Level 2 - santai dahi berkerut. Level 3 - kerut dahi. Level 4 - perit. Level 5 – sgt perit. Tp, level difficulty ni sgt subjective sbb ada bnyak factor yg mempengaruhi die. Antaranya mental, stamina, cuaca dan berat beg. Position aku dlm trip ni mostly tgh-tgh ataupn last.


DAY 1 SABTU 5/6/2010

Bertolak dari KL Central jumaat 4/6/2010 kul 8.30 pm dan smpai di stesen train gua musang jam 7.30 am. Train lewat smpai dlm 1 jam. Skrng ni jam kul 9.05 am, dari pagi td smpai skrng aktiviti breakfast smbil lepak-lepak di stesen tren smbil berkenalan dgn member baru. Trip ni seramai 27 org, 24 laki dan 3 pmpuan dan Pak Kassim jd trekker kami.

Skrng ni jam 9.25 am. Kami bergerak ke Kg Rekom dgn Hilux. Skrng jam 9.50 am. Perjalanan 25 minit stakat ni dgn Hilux dikategorikan santai mesra rakyat dgn suasana nyaman dan redup-redup dgn kdg-kdg sinar matahari pg. Kami smpai di warung Kuala Betis kul 9.55 am utk tmbah lg satu 4WD.

Skrng ni dgn 3 bijik 4WD, kami start bergerak ke Kg Rekom kul 10.25 am ikut laluan balak. Laluan balak awal-awalnye dikategorikan santai mesra rakyat. Tp, kul 12.50 pm Hilux kami terangkat tayar sbelah kiri dan nyaris-nyaris nk terbalik. Kami terkandas kerana laluan balak semakin mencabar. Skrng jam 1.10 pm. 4WD kami tak dpt nk truskan perjalanan lg, lgpn ada tanah runtuh di laluan balak. Driver-driver 4WD kami dh mental dan berat hati nk truskn perjalanan sbb jln balak semakin mencabar. Kemungkinan besar, kami terpaksa trekking dari sini smpai ke Kg Rekom.

Skrng jam 1.20 pm. Mmg konfem kami terpakse start trekking dari laluan balak ni smpai ke Kg Rekom. Sume org bersiap-siap utk start trekking. Suasanan sgt panas terik di laluan balak ni dan tak de kawasan yg redup pn. Bahang kepanasan mmg trase. Kul 1.25 pm kami start trekking.

Skrng jam 2.00 pm trekking di laluan balak. Suasana sgt panas terik. Terasa sgt perit sbb terlalu panas bahang matahari. Trekking dgn pace slow non-stop dan peluh membuak-buak smpai basah buku log ni. Trase cpat gler pancit bile trekking dlm panas bahang terik matahari.

Skrng jam 2.15 pm. Dlm pendakian bukit yg ke-2 di laluan balak. Bejalan dgn pace slow non-stop dgn Pak Kassim. Jam 2.35 pm, kami berehat di first waterpoint sjak start trekking td. Waterpoint ni agak tersorok di kanan laluan balak dan tak dgr bunyi air pn. Laluan balak di waterpoint ni agak redup sbb matahari terlindung dan kami berhenti lunch nasi kerabu di sini.

Skrng jam 3.25 pm. Kami kembali start trekking. Laluan balak redup. Perjalanan kini dikategorikan santai mesra rakyat. Ada 2 simpang Y. First simpang amek kiri pstu simpang yg ke-2 amek kanan. Laluan balak menuruni bukit dan jln die terbelah lubang besar di tgh-tgh jln. Jam 4.00 pm kami smpai di 2nd waterpoint. Kedengaran deruan air. 3 minit dari 2nd waterpoint, ada simpang Y. Kami truskan perjalan ke kiri. Dlm 2 minit slepas amek jln ke kiri, ada simpang Y lg dan ada bbrapa kayu balak kecil di tgh-tgh jln yg mengarah ke kiri. Amek laluan ke kiri ikut arah kayu balak tu. Laluan ke kiri ni menuruni tebing dan agak tersorok sket. Keyword die, kte akan turun tebing. Kalo ke kanan, kte tak turun tebing. Jln ke kanan tu laluan tanah merah yg terbelah dan berlubang-lubang di tgh jln.

Jam 4.15 pm kami smpai di titi kayu balak 3rd waterpoint. Skrng jam 4.25 pm. Kami smpai laluan balak besar. Berjalan trus dan menuruni tebing. Dkat je tebing tu dr simpang laluan balak. Keyword kali ni jgk kte kene turun tebing. Jika ke kiri, menuruni jln balak dan jika ke kanan mendaki jln balak. Di bwh tebing ada kg org asli. Kg ni lh Kg Rekom. Di Kg Rekom,aktiviti santai smbil merehatkn bdn dan pekena teh O strawberry. Ration utk gng ulu sepat diasingkn dan ditinggalkn di Kg Rekom.

Skrng jam 5.20 pm. Kami start trekking dr Kg rekom. Trekking di tepi lereng bukit di sepanjang air terjun. Trek agak landai. Jam 5.45 pm tiba di Kem Pakma. Trekking dr Kg Rekom ke sini agak landai dan sedikit berbukit. Skrng jam 6.20 pm. Perjalanan still agak landai dan sdikit berbukit di sepanjang lereng bersebelahan dgn air terjun.

Skrng jam 6.30 pm. Kami smpai di Kem Tengah. Perjalanan dr Kg Rekom ke Kem Tengah dikategorikan santai mesra rakyat. Kami berkumpul tunggu geng-geng sweeper utk smpai di kem ni sblom keputusan dibuat utk berkhemah di sini shj atau trus shoot ke Kem Tongkat Ali. 6.45 pm keputusan dibuat utk trus shoot ke Kem Tongkat Ali.

Perjalanan dr Kem Tengah adalah mendaki bukit. Spanjang pendakian, bukit agak mencanak dan dikategorikan perit. Skrng jam 7.05 pm. Trek dh landai. Jam 8.00 pm kami smpai di Kem Tongkat Ali. Perjalanan dr Kem Tengah ke Kem Tongkat Ali mengambil masa 1 jam 15 minit. Spanjang perjalanan ada 4 bukit rsnye sblom smpai di Kem Tongkat Ali. Bukit yg pertama je yg perit dan mencanak dlm 60-80˚.

Skrng jam 9.10 pm. Khemah sume dh siap dipasang. Mlm ni ktorg dijangka akan bgn jam 2.00 am dan 2.30 am trus shoot ke puncak Chamah. Secara keseluruhan spanjang trekking siang td smpai di Kem Tongkat Ali, trekking dikategorikan santai mesra rakyat cuma perit masa trekking di laluan balak masa bahang panas terik matahari dan perit masa mendaki bukit pertama selepas Kem Tengah.

Skrng jam 10.45 pm. Baru je lps makan nasi putih+ayam goreng+kuah kari+papedom. Lps ni trus nk tido dh.

DAY 2 AHAD 6/6/2010

Skrng jam 2.35 am. Dh bersiap nk start trekking dh. Td bgn dlm kul 2.00 am. Suhu ikut bacaan termometer dlm 18˚C. Sblom trekking ktorg breakfast mkn nasi goreng dgn ayam goreng dl.

Skrng jam 3.20 am. Start trekking ke puncak Chamah. Mendaki dgn free body. Smpai di 1st puncak tipu kul 4.25 am. Perjalanan selam 1 jam 5 minit secara keseluruhannya adalah mendaki bukit mencanak dlm 60-70˚ hingga smpai di 1st puncak tipu. Cuma ada dlm 2 rsnye kawasan yg landai sdikit. Tp kejap je. 1st yg landai tu slpas mendaki bukit yg pertama. Landai yg ke-2 dlm 10 minit sblom smpai di 1st puncak tipu. Tp lps landai yg ke-2 tu (kejap je), trus mencanak dlm 40-50˚ selama dlm 5 minit hingga ke 1st puncak tipu.

4.30 am kami bergerak semula. Perjalanan menuruni bukit, landai dan sedikit berbukit. Melintasi puncak tipu ke-2 dan ke-3. Perjalanan dikategorikan santai mesra rakyat smbil menikmati suasana nyaman pagi gunung. Skrng jam 5.15 am. Kami smpai di puncak tipu ke-4 rsnye. Perjalanan ke puncak ni agak mencanak.

Skrng jam 7.30 am. Kami smpai di pucak Chamah. Spanjang perjalanan dari Kem Tongkat Ali, kami melalui kesemuanya 7 puncak tipu (yg aku rs lh). Perjalanan turun naek bukit tu kdg-kdg mencanak dlm 30-40˚, 40-60˚ dan 70-80˚. Slpas mencanak, laluan menuruni bukit dan kdg-kdg landai. Perjalanan secara keseluruhannye dikategorikan santai dahi berkerut dgn pace slow smbil melayani trek yg berbukit-bukit. Dari puncak Chamah, nmpak view seperti lautan dipenuhi pulau-pulau. Lautan tu awan-awan. Pulau-pulau tu puncak-puncak gunung yg laen.

Jam 8.30 am bergerak turun ke Kem Tongkat Ali dan smpai di Kem Tongkat Ali kul 11.45 am. Kul 12.30 kami start bergerak ke Kg Rekom dan tiba kul 4.30 pm. Perjalanan kali ni dr Kem Tongkat Ali ke Kg Rekom menjadi lama berbanding smalam disebabkan hujan lebat dan jln yg licin. Kami bermalam di kem site Kg Rekom shj mlm ni.

DAY 3 ISNIN 7/6/2010

Skrng jam 7.45 am. Kami tgh bersiap-siap dan dijangka bergerak ke Kem Sungai Lepir kul 8.00 am ni. Kul 8.00 am kami start trekking dan kul 8.15 am berjumpa laluan balak. Amek jln kiri. 8.20 am berjumpa lg dgn simpang balak. Simpang ni simpang 4 balak. Amek jln trus. 8.50 am ada simpang Y balak. Amek jln kiri. Jika ke kanan menuruni bukit.

Skrng jam 9.10 am. Bubble tiba-tiba tersalah step dan tergelongsor jatuh ke dlm gaung. Tp cuma jatuh dlm separuh je sbb sempat berpaut kt paku-pakis di tepi gaung tu dan Bubble berjaya diselamatkn.

Perjalanan dikategorikan santai mesra rakyat dgn sedikit mendaki dan merantasi semak dan hutan paku-pakis yg menebal dan tinggi di kiri-kanan trek. Trek adalah di lereng bukit dan lebar trek dlm 40 cm dan ditepi kanan trek adalah gaung. Hati-hati dgn step sbb gaung tu ditutup dgn paku-pakis.

Jam 11.05 am tiba di Kem Peres. Perjalanan dikategorikan santai mesra rakyat di sepanjang trek. Trek agak semak dan Pak Kassim perlu menebas dl di sepanjang trek.

Skrng jam 11.25 am. Kami kembali start trekking. Perjalanan masih dikategorikan santai mesra rakyat dan smpai di Kem Megi kul 12.15 pm. Kami berhenti rehat smbil lunch.

Jam 1.10 pm start bergerak dr Kem Megi dan smpai di Kem Retak kul 2.08 pm. Perjalan sedikit mendaki berbanding trek Peres-Megi. Skrng jam 2.33 pm. Kami kembali start trekking dan tiba di Kem Sempadan yg terletak di atas bukit kul 2.30 pm. Perjalan keseluruhannya mendaki bukit selama sejam dr Kem Retak ke Kem Sempadan dgn trek mencanak dlm average 40˚. Kdg-kdg ada yg mencanak dlm 70˚.

Skrng jam 3.52 pm.Kami meneruskan perjalanan dr Kem Sempadan dan smpai di puncak cantik kul 4.50 pm. Perjalanan mendaki bukit dlm mencanak 30˚.

Jam 4.15 pm bergerak dr puncak cantik. Skrng ni jam 7.45 pm dan kami blom smpai di Kem Sungai Lepir lg. Suasana semakin gelap. Perjalanan sepanjang trek dikategorikan kerut dahi sbb turun naek bukit dan trek adalah kawasan berlumpur ‘kubang kerbau’ dan menjadikan trekking menjadi leceh. Tmbah-tmbah smalam hujan lebat menjadikan lumpur ‘kubang kerbau’ tu becak. Kami berhenti di tgh-tgh trek utk menunggu geng-geng yg terakhir utk smpai bg mengumpul sume member sblom meneruskan perjalanan sbb hari dh gelap. Kesejukan mlm menyebabkn kami berkumpul rapat-rapat smbil memasak air panas bg menghangatkn semula bdn.

Skrng jam 8.35 pm. Kami kembali meneruskan trekking. Trek kali ni menuruni bukit tp trek masih berlumpur ‘kubang kerbau’. Kami smpai di kem Sg Lepir kul 9.20 pm.

DAY 4 SELASA 8/6/2010

Kami bergerak ke puncak Ulu Sepat dr Kem Sg Lepir kul 8.45 am dan smpai di Junction kul 10.50 am. Perjalanan keseluruhannya mendaki bukit, landai dan menuruni bukit berulang-ulang kali. Pendakian mencanak average 50-80˚. Oleh sbb tahap stamina adalah tip top, perjalanan hanya dikategorikan sebagai santai kerut dahi. Trekking dlm pace slow non-stop hingga smpai ke Junction dan hanya sesekala berhenti kejap hanya utk tarik nafas.

Smpai di Junction, kami meletakkn beg dan trekking free body ke puncak Ulu Sepat. 11.05 pm bergerak ke puncak dan smpai kul 11.20 am. Perjalanan dikategorikan santai mesra rakyat.

Skrng jam 12.40 pm. Kami bergerak dr Junction menuju ke Kem Sg Lenweng. Kami tiba di Kem Sg Lenweng kul 3.10 pm. Perjalanan keseluruhannya menuruni bukit dan bila nk smpai di Kem Sg Lenweng, perjalanan menjadi landai. Kami bemalam di Kem Sg Lenweng.

DAY 5 RABU 9/6/2010

Bergerak dr Kem Sg Lenweng kul 8.30 am dan smpai di Kg Lelar Pos Kemar kul 11.35 am. Perjalanan keseluruhannya adalah landai dan dikategorikan santai mesra rakyat. Cuma kena mendaki sket masa mula-mula trekking dr Kem Sg Lenweng. Smbil menunggu 4WD smnpai, kami mandi membersihkan diri.

Skrng jam 1.20 pm. Kami naek 4WD dan smpai di jeti kul 2.00 pm. Kul 2.15 pm kami menaiki bot merentasi Empangan Temenggor dan smpai di jeti Pengkalan Trojan kul 3.25 pm.